Kebudayaan Melayu dalam Bahan Sastera (Puisi tradisional)
Bahan Sastera
Hasil daripada bahan sastera ini menjadi sebahagian cerminan budaya masyarakat setempat terutamanya dalam masyarakat Melayu. Setiap perlakuan dalam budaya ini menjadi hidup kerana dilahirkan dalam bentuk puisi atau prosa. Perbincangan kebudayaan Melayu dalam bahan sastera ini akan ditumpukan kepada penulisan puisi dan prosa tradisional.
Bahan sastera terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Puisi tradisional
- Prosa tradisonal
- Puisi moden
Puisi tradisional
Puisi tradisional Melayu ialah karangan berangkap yang digunakan untuk menyatakan hasrat dan tujuan tertentu kepada semua masyarakat.
Ciri-ciri puisi tradisonal adalah pada penggunaan bahasa yang mudah dan sering kali dimasukkan unsur-unsur perlambangan yang rumit untuk difahami. Contohnya, perlambangan yang melampau seperti metafora, personifikasi, hiperbola dan sebagainya.
Dari segi bentuknya pula, puisi dilahirkan dalam bentuk berkerat-kerat dam bentuk perenggan yang tidak ditentukan baris. Seterusnya, corak penulisan puisi mempunyai rima dan terdapat bentuk pembahagian unit.
1. Pantun
Pada zaman dahulu, pantun dipelajari untuk dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan hajat seseorang. Seterusnya, pantun dijadikan panduan untuk mengutamakan kesopanan agar perselisihan faham dapat dielakkan. Orang Melayu juga menggunakan pantun sebagai medium untuk meluahkan hasrat, isi hati, dan perihal yang melibatkan mesej yang tidak disampaikan secara lansung. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
- Pantun nasihat
- Pantun sindiran
- Pantun kiasan
- Pantun kasih sayang
- Pantun jenaka
- Pantun kanak-kanak
- Pantun teka-teki
2. Seloka
Seloka digunakan untuk menyampaikan sesuatu kelucuan dalam masyarakat. Perkataan seloka bermaksud sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur tertentu tetapi ciri-cirinya diasingkan daripada genre-genre lain.
3. Syair
Syair ialah sejenis puisi yang dilagukan mengikut irama dan melodinya yang tersendiri. Syair digunakan sebagai sumber hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Namun begitu, ada juga sebahagian masyarakat yang menggunakan syair untuk menggambarkan kegembiraan yang diperoleh dalam keluarga atau komuniti. Setiap syair dilagukan mengikut melodi dan iramanya yang tersendiri seperti:
- Syair selindang delima
- Syair rakis
- Syair Siti Zubaidah
- Syair narasi
Syair ini banyak mengambil pengaruh dari Parsi beserta kedatangan pengaruh Islam di Nusantara. Individu yang banyak menabur bakti dalam penyebaran syair ini ialah Hamzah Fansuri berdasarkan negara Parsi.
Ciri-ciri syair terdiri daripada perkataan dalam setiap baris dan lapan hingga dua belas suku kata dalam setiap baris. Syair berbentuk demikian dapat memberikan irama harmonis apabila dimelodikan. Syair dicipta mengikut proses seperti menetapkan tema atau subjek. Seterusnya, ada juga syair yang dihasilkan mengikut plot dari permulaan, perkembangan dan penutup. Walau bagaimanapun, syair tidak mempunyai pembayang maksud seperti yang terkandung dalam pantun. Syair juga terbahagi kepada beberapa jenis:
Ciri-ciri syair terdiri daripada perkataan dalam setiap baris dan lapan hingga dua belas suku kata dalam setiap baris. Syair berbentuk demikian dapat memberikan irama harmonis apabila dimelodikan. Syair dicipta mengikut proses seperti menetapkan tema atau subjek. Seterusnya, ada juga syair yang dihasilkan mengikut plot dari permulaan, perkembangan dan penutup. Walau bagaimanapun, syair tidak mempunyai pembayang maksud seperti yang terkandung dalam pantun. Syair juga terbahagi kepada beberapa jenis:
- Syair romantik
- Syair kiasan
- Syair sejarah
- Syair ibarat
- Syair panji
- Syair nasihat
- Syair keagamaan yang mengandungi kisah-kisah nabi
4. Nazam
Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang dipercayai telah wujud lebih kurang 100 tahun lalu. Selain daripada penggunaan nazam dalam kehidupan seharian, kaum wanita juga menggunakan nazam untuk menidurkan anak dan membantu keluarga menambahkan pendapatan rumah melalui menganyam tikar untuk dijual. Seni kata dan melodi yang digunakan dalam nazam berunsurkan keagamaan. Ini bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar, nasihat, galakan melakukan kebaikan, serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Nazam juga mempunyai sejarah asalnya dari Parsi dan seterusnya disebarkan ke Asia Tenggara oleh alim ulama yang ingin berdakwah tentang agama Islam.
5. Gurindam
Gurindam ialah bentuk puisi yang bebas dan tidak terikat. Sebahagian gurindam mempunyi rangkap dan berdiri dengan sendiri serta memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Gurindam dapat dibezakan dengan talibun, teromba dan mantera kerana kandungannya yang berbentuk nasihat, pengajaran, dan kebenaran.
Masyarakat Melayu menggunakan gurindam untuk menyampaikan sesuatu atau hajat dalam majlis keramaian. Gurindam tidak mengandungi unsur sihir seperti mantera yang melibatkan unsur-unsur ghaib.
6. Lagu rakyat
Golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak gemar menyanyikan lagu rakyat ketika mereka bermain. Setiap negeri mempunyai lagu rakyat yang tersendiri mengikut dialek negeri masing-masing. Tujuan lagu rakyat dicipta adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota masyarakat setempat serta mengambarkan identiti masyarakat. Lagu rakyat ini dinyanyikan dalam keadaan yang gembira dan santai atau sekadar berseronok dalam kalangan ahli masyarakat.
7. Talibun
Talibun ialah sejenis puisi tradisional yang tidak mempunyai bentuk atau struktur yang tertentu dari aspek penggunaan baris dalam ayat dan penggunaan baris serangkap. Penggunaan rima juga adalah bebas dan tidak menentu. Bagi membezakan puisi talibun, dapat dilihat daripada ungkapan atau rangkap yang tetap dan digunakan secara berulangan. Talibun berfungsi sebagai sisipan atau selingan dalam sesebuah cerita manakala tema dan isi adalah tambahan konteks untuk mencorakkan penceritaan menjadi lebih menarik.
Talibun turut digunakan dalam hikayat-hikayat puisi tradisional Melayu untuk dijadikan hiburan setelah penat bekerja. Mereka juga akan mendengar cerita-cerita yang disampaikan oleh penglipur lara semasa berhibur dengan talibun. Contohnya, talibun yang ada dalam masyarakat Melayu dibincangkan dalam Hikayat Raja-raja Pasai dan Hikayat Malim Dewa.
8. Teromba
Teromba ialah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang diperkatakan tentang sejarah dan salasilah keturunan kerabat diraja. Di Malaysia, teromba banyak digunakan dalam masyarakat yang masih mengamalkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih yang diamalkan khas di Negeri Sembilan dan seluruh petempatan Minangkabau.
Kaedah penyampaian teromba adalas bebas dan tidak terikat secara khusus. Tuntasnya, teromba ialah ungkapan puitis yang mengandungi konotasi adat yang digunakan sebagai panduan dan amalan masyarakat. Misalnya, teromba dapat dijelmakan dalam perbilangan adat, kata-kata adat, peribahasa adat, tambo, terasul, dan pepatah.
9. Mantera
Mantera telah digunakan sejak zaman - berzaman lagi. Mantera bererti pengucapan dalam bentuk prosa atau puisi yang mengandungi tujuan dan unsur magis, pengubatan dan perbomohan. Istilah ini merangkumi semua maksud yang membawa fungsi jampi, serapah, puja, seru dan tangkal. Mantera dibawa dari zaman primitif dan zaman prasejarah yang mengamalkan unsur ghaib.
Unsur ghaib yang dipercayai dalam mantera ini mampu bertindak mengalihkan kuasa jahat yang menjangkiti seseorang. Turut menjadi kepercayaan apabila ada ahli masyrakat yang mengamalkan mantera ini diberi penghormatan sejajar dengan taraf doktor perubatan pada masa kini. Masyarakat pada ketika itu yang disampuk oleh jin, syaitan atau kuasa luar biasanya diselamatkan dengan bacaan mantera oleh orang yang mampu berhubung dengan kuasa ghaib. Mantera ini juga dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dalam kalangan masyarakat Melayu lampau.
Comments
Post a Comment