Kebudayaan Melayu dalam Bahan Sastera (Puisi moden)
Puisi moden Puisi merupakan sebahagian daripada kesenian yang digunakan oleh manusia untuk menyatakan dan melahirkan sesuatu. Puisi menjadi sumber kreativiti manusia kerana baris-baris puisi dihasilkan dalam pelbagai bentuk untuk melahirkan pemikiran sesorang pemuisi. Puisi moden berbentuk bebas dan tidak mempunyai ciri-ciri yang khusus seperti bebas dari segi jumlah suku kata, baris dan pembentukan rima. Konsep puisi moden Puisi moden berfungsi sebagai didaktik untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada khalayak. Puisi moden terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Puisi sinis ialah sejenis puisi yang ingin menyindir dan menyampaikan isu-isu sensitif seperti isu peribadi dan isu nasional. Puisi elegi ialah puisi yang memuatkan soal-soal kesedihan terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa yang menimpa individu atau masyarakat sekeliling. Puisi romantik membicarakan perkara yang berkaitan perasaan romantis dan cinta sesama manusia. Puisi nasionalisme merujuk...
Sangat menarik... I cahaya You!
ReplyDeleteSangat menarik ❤️
ReplyDelete