Bahan Sastera Hasil daripada bahan sastera ini menjadi sebahagian cerminan budaya masyarakat setempat terutamanya dalam masyarakat Melayu. Setiap perlakuan dalam budaya ini menjadi hidup kerana dilahirkan dalam bentuk puisi atau prosa. Perbincangan kebudayaan Melayu dalam bahan sastera ini akan ditumpukan kepada penulisan puisi dan prosa tradisional. Bahan sastera terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Puisi tradisional Prosa tradisonal Puisi moden Puisi tradisional Puisi tradisional Melayu ialah karangan berangkap yang digunakan untuk menyatakan hasrat dan tujuan tertentu kepada semua masyarakat. Ciri-ciri puisi tradisonal adalah pada penggunaan bahasa yang mudah dan sering kali dimasukkan unsur-unsur perlambangan yang rumit untuk difahami. Contohnya, perlambangan yang melampau seperti metafora, personifikasi, hiperbola dan sebagainya. Dari segi bentuknya pula, puisi dilahirkan dalam bentuk berkerat-kerat dam bentuk perenggan yang tidak diten...